Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan

Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan

Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (SGSSI) ialah sebuah Wilayah Luar Negeri British yang terletak di selatan Lautan Atlantik. Wilayah ini ditubuhkan pada tahun 1985, terdiri daripada pulau Georgia Selatan dan serangkaian pulau lain yang lebih kecil, dipangil Kepulauan Sandwich Selatan. Sebelum itu ia ditadbir sebagai sebahagian daripada Kepulauan Falkland. Luas Georgia Selatan ialah 167.4 kilometer (104 mi) panjang dan 1.4 hingga 37 km (0.9 hingga 23.0 batu) lebar.[1]Kepulauan ini tidak memiliki penduduk asli; penduduk semasa terdiri daripada pegawai kerajaan British dan ahli sains yang mendiami makmal di Bird Island dan di ibu negeri, King Edward Point, selain kakitangan muzium di Grytviken.